Pihak Berkuasa Paris Sudah Memasang Radar Bunyi Bagi Mengesan Kenderaan Yang Mengeluarkan Bunyi Lebih Dari Had Dibenarkan

57 peranti radar bunyi sudah dipasang dan akan beroperasi selepas undang-undang penggunaan alat tersebut diluluskan.


Berikutan tidak tahan dengan segelintir sikap pemilik kenderaan yang suka membingitkan susasana menerusi kenderaan mereka, pihak berkuasa bandar Paris kini sudah mula memasang peranti radar bunyi bagi mengesan kenderaan yang mengeluarkan kekuatan bunyi lebih daripada had yang ditetapkan.

Noise is the bane of modern life and a major health issue. It hurts people like secondary smoking does” Agensi pencemaran bunyi Bruitparif.

Peranti tersebut sudah pun mula dipasang sejak awal tahun ini dan sedang dalam tempoh percubaan serta hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa undang-undang sahaja untuk diaktifkan selepas penguat kuasaan undang-undang had bunyi diluluskan.

Setakat ini, sebanyak 57 peranti tersebut sudah dipasang di sekitar bandar dan pinggir bandar Paris.

We have nothing against Ferraris or Harley Davidsons, but their owners sometimes like to demonstrate their vehicles’ power and the noise really troubles residents,” pihak berkuasa Paris.

Sebaik diluluskan, pemilik motorsikal dan kereta yang didapati menghasilkan bunyi kuat akan dikenakan saman dari pihak berkuasa Paris.

Rakaman bunyi dari kenderaan akan disambungkan pada sistem rangkaian kamera CCTV polis Paris dan secara automatik akan mengisukan surat saman pada pesalah.

Buat masa ini undang-undang had bunyi masih dalam peringkat perancangan bagi menentukan tahap bunyi yang dibenarkan dan kekuatan had bunyi yang akan dikenakan saman.

Sumber: Reuters