Pihak Berkuasa Bandar San Francisco Secara Tidak Sengaja Mengharamkan Penggunaan iPhone

Kekeliruan pengharaman tersebut berkaitan dengan teknologi pengecaman wajah.

Pihak Berkuasa Bandar San Francisco pada bulan Mei lalu telah menguatkuasakan pengharaman penggunaan teknologi pengecaman wajah di bandar mereka.

Pengharaman tersebut meliputi kamera pengawasan bandar serta peranti dengan teknologi pengecama wajah yang dimiliki oleh para pekerja yang bekerja pihak berkuasa bandar itu.

Walaubagaimanapun, penguatkuasaan tersebut menyebabkan beribu penduduk yang bekerja dengan pihak berkuasa bandar tersebut terkesan dengan pengharaman itu kerana sebahagian besar mereka memiliki peranti dengan teknologi pengecaman wajah di dalam poket mereka iaitu iPhone yang dilengkapi teknologi Face ID.

Berikutan isu itu, pihak berkuasa bandar tersebut bekerjasama dengan Persatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) bagi memperbetulkan semula penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sekaligus bagi membenarkan semula iPhone digunakan oleh para pekerja mereka.

"Each city is going to do it in their own way. There are going to be some devices that have [facial recognition] built in and they’re trying to figure out how to deal with that.’" Matt Cagle. peguam ACLU.

Sumber: 9TO5Mac