Pewaris Samsung Dihukum Penjara 5 Tahun Atas Kesalahan Rasuah

Lee Jae-young, pewaris kepada pemilikan Samsung telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun selepas skandal rasuah antara Samsung dan bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-hye terbongkar.

The New York Times melaporkan yang Lee dan empat lagi pegawai eksekutif telah membayar RM 27 juta kepada pentadbiran Park. Konglomerat Samsung mengawal 1/5 ekonomi Korea Selatan dan rasuah tersebut bagi mendapatkan sokongan kerajaan bagi penggabungan antara Samsung C&T Corp dan Cheil Industries Inc. Disebabkan skandal tersebut, Presiden Park Geun-hye telah dipecat dari jawatannya.

Kita mengenali Samsung dari divisyen elektronik mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan produk seperti telefon pintar dan televisyen, Kumpulan Samsung mempunyai pelbagai cabang perniagaan di dalam mereka termasuk dalam sektor pertahanan, pembinaan dan lain-lain lagi.

Sumber