Peta Penuh Geologi Bulan Buat Kali Pertamanya Diperlihatkan

Baru-baru ini United States Geological Survery (USGS) telah mengeluarkan satu peta penuh lengkap geologi bulan buat pertama kalinya. Peta ini mempunyai skala 1:5,000,000 permukaan bulan dan telah diplotkan warna yang membezakan tahap kontur untuk memudahkan penyelidik dan pakar untuk mengkaji permukaan bulan dengan mudah.



Peta bulan ini adalah turut dibantu melalui kerjasama (National Aeronautics and Space Administration) NASA dan Lunar Planetary Institute (LPI). Untuk menghasilkan peta ini, mereka telah menggunakan 6 peta bulan yang telah diubahsuai secara digital.

Antara data peta yang terlibat adalah dari misi satelit Lunar Reconnaissance Orbiter, kamera permukaan SELENE Kaguya, dan juga altimetri LOLA dari permukaan bulan.

Peta ini kemudiannya boleh digunakan bertujuan untuk menghasilkan teori baru dan juga menjalankan kajian yang lebih mendalam. Ia juga sangat berguna terutamanya untuk misi Artemis yang dijangka untuk membawa manusia kembali ke bulan pada tahun 2024 nanti.

Jika anda mahu memuat turun peta permukaan bulan ini, boleh ke pautan ini.

Sumber: USGS