Peta Dunia National Geographic Kini Secara Rasminya Miliki 5 Lautan

Jika sebelum ini hanya sebanyak 4 lautan dunia berada di dalam peta majalah National Geographic, kini sebuah lagi lautan telah dimuatkan masuk ke dalam peta mereka iaitu Lautan Selatan.

National Geographic menjelaskan, Lautan Selatan (Southern Ocean) kini telah diiktiraf dan dimasukkan dalam peta National Geographic Society kerana isi lautan itu mempunyai klasifikasi ekologikalnya sendiri.

Jadi kini, terdapat 5 lautan dunia dalam peta majalah National Geographic iaitu, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan India, Lautan Artik dan Lautan Selatan.



 

Lautan Selatan yang terletak di lingkaran Antartik sebenarnya sudah lama diiktiraf para saintis. Tetapi memandangkan tiada persetujuan antarabangsa mengiktiraf lautan tersebut sebelum ini, maka National Geographic Society tidak mengiktirafnya.

Ia kerana para ahli geografi bercanggah pendapat sama ada perairan sekita bulatan Antartika itu mempunyai karakter unik bagi melayakkan ia memiliki nama lautannya sendiri.

Saintis kini sedang mengkaji kesan perubahan alam sekitar yang berpunca daripada manusia terhadap perubahan yang berlaku di lautan Selatan.

Setakat ini saintis mendapati air Lautan Selatan kini semakin panas tetapi masih belum tahu kesan sepenuhnya ke atas Antartika.

Sumber: National Geographic

Berkaitan