Pesanan Waze Kepada Pengguna Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas Sempena Ramadhan

Waze dengan murah hati menawarkan tips untuk rakyat diluar sana bagi menghadapi keadaan lalu-lintas didalam bulan Ramadhan.

Pada bulan yang mulia ini pastinya ramai orang keluar atas pelbagai urusan, bermula dari kesesakan lalu-lintas diwaktu pagi, dan diwaktu petang yang dimana orang akan keluar sama ada mahu pulang ke rumah atau mahu pergi ke bazaar.



Aplikasi Waze yang menggunakan teknologi dalam menangani cabaran-cabaran berkaitan pengangkutan itu menyarankan waktu yang sesuai ketika menuju ke tempat kerja dalam lingkungan 8 pagi hingga 11 pagi pada hari kerja dan akan beransur pulih pada jam 3 petang. Berikut merupakan waktu terbaik dan terburuk untuk melakukan sesuatu atau menuju ke sesebuah lokasi bagi pengguna di sekitar Lembah Klang.

Kesesakan menuju tempat kerja



Disebelah petang, Waze menasihati supaya elakkan mengunjungi ke restoran makanan segera dari jam 4 petang hingga 7 petang. Kerana diwaktu itu orang ramai sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa. Waktu paling terbaik untuk mengunjungi restoran tersebut adalah pada jam 9 malam ke atas.

Berkunjung ke restoran makanan segera



Manakala  masa yang sesuai bagi melawati pusat Beli-belah pada jam 7 petang ke atas dan waktu yang perlu dielakkan pada jam 5 hingga 6  petang kerana waktu ini keadaan terlalu padat kerana orang ramai ingin pulang ke rumah sebelum jam 7 petang.

Berkunjung ke pusat beli-belah



Bagi yang ingin mengeluarkan duit di ATM atau mempunyai urusan lain di bank, anda disarankan melakukannya pada jam 4 petang keatas kerana orang ramai akan beransur-ansur pulang. Waktu yang tidak digalakkan pada jam 8 pagi dan 12 tengah hari ke jam 3 petang.

Pergi berurusan di bank



Menurut Waze lagi, waktu yang sesuai bagi mengisi minyak adalah pada jam 8 pagi dan jam 7 di waktu malam  kerana sebelum jam 8 pagi orang ramai baru beransur keluar dari rumah, begitu juga pada malamnya orang ramai beransur pulang pada jam 7 petang keatas.

Isi minyak kenderaan



Akhir sekali, Waze berharap orang ramai dapat meluangkan lebih masa di rumah bersama keluarga tersayang dan lebih berhati-hati dijalan-raya.

Untuk lebih informasi, sila layari www.waze.com.