PES 2017 Sudah Mula Ditawarkan Pada Platform Telefon Pintar

Terkini, permainan video bola sepak popular PES 2017 sudah mula ditawarkan pada Google PlayStore dan App Store.

Sebelum ini, syarikat pembangun permainan video tersebut diberitakan akan membawa PES 2017 ke platform telefon pintar.

PES 2017 untuk Android dan iOS dibangun berdasarkan kepada enjin permainan yang sama digunakan di dalam versi konsol tetapi telah dioptimumkan untuk kegunaan pada telefon pintar dan tablet.

Permainan bola sepak ini merupakan salah satu permainan kegemaran peminat seluruh dunia dan Konami menjanjikan pengamalan yang sama seperti bermain di konsol ataupun di komputer.

Jika dilihat pada Google PlayStore, Konami masih belum melancarkan PES 2017 secara rasmi lagi.

Ia masih dalam peringkat pembangunan serta penambahbaikan dan ia mungkin tidak stabil ketika dimainkan.

Anda boleh mula pra-daftar di Google PlayStore dan App Store sekarang.

WhatsApp Image 2017-05-15 at 9.33.27 PM

 

Capture

Muat turun PES 2017 untuk Android

Muat turun PES 2017 untuk iOS