Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana Boleh Dapatkan Nama Domain .BIZ.MY Secara Percuma Bermula 1 Disember 2020

Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana Boleh Dapatkan Nama Domain .BIZ.MY Secara Percuma Bermula 1 Disember 2020

Diterbitkan November 30, 2020 oleh ariff bukhari

Terhad untuk 20,000 sahaja.

Program Realisasi Impian Ekonomi Digital atau dikenali sebagai PRIME telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah.

Menerusi inisiatif PRIME yang dilaksanakan oleh MYNIC iaitu agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), ia menawarkan sebanyak 20,000 nama domain .BIZ.MY secara percuma yang bersamaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.6 juta, khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).

PRIME memperkenalkan kategori baharu nama domain iaitu .BIZ.MY untuk mendorong lebih ramai usahawan memiliki perniagaan dalam talian dan platform e-dagang, selari dengan usaha Kerajaan untuk memacu ekonomi digital.

Pendaftaran nama domain .BIZ.MY secara percuma itu akan dibuka bermula dari 1 Disember 2020 (esok) pada jam 12.00 p.m.

Untuk info lebih lanjut tentang PRIME ini, Layari laman rasmi  http://mynic.my/prime.

Sumber: KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY