Menerusi pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Selangor beberapa hari lepas, kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran e-sukan di Selangor bagi tahun akan datang.
Bermula tahun 2014, penyertaan sebanyak seramai 569 peserta dengan jumlah hadiah terkumpul berjumlah RM 30,000. Kini dalam tahun kelima penganjurannya, Selangor Cyber Games 2018 telah berjaya menarik 1,100 orang peserta dengan jumlah hadiah terkumpul berjumlah RM 250,000. pic.twitter.com/Rtoq3xxnip
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 23, 2018
Bagi menaikkan lagi e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi, kerajaan Selangor turut menyasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta dari Kerajaan Persekutuan.
Menurut kicauan di Twitter Menteri Besar Selangor, YAB. Amirudin Shari, Selangor akan terus menjadi peneraju dalam bidang e-sukan di Malaysia. Selain itu, penganjuran Selangor Cyber Games yang dimulakan pada 2014 telah menjadi jenama yang disegani penggiat e-sukan dalam negara.
Sumber: Twitter YAB Amirudin Shari
Berkaitan
- XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Dilancarkan, Medan Pertarungan Pasukan IPT Bagi Merebut RM180,000
- Digi Home Fibre Mula Ditawarkan Pada Beberapa Kawasan Di Selangor
- Kementerian Belia dan Sukan Bakal Wujudkan Liga E-Sukan
- Penduduk Negeri Selangor Boleh Berkomunikasi Secara Terus Dengan Menteri Besar Melalui E-Mel
- Selangor Bercadang Guna Dron Pantau Pokok, Lopak Perlu Penyenggaraan
- Ibu Pejabat Razer Di Malaysia Kini Rasmi, Bakal Kembangkan Razer Pay Dan Arena E-Sukan Tempatan
- Bad Lab Dan Watsons Bekerjasama Menganjurkan Kejohanan E-Sukan
- Bukan Lagi 3 Bulan, Tempoh Pinjam Laptop Secara Percuma Dari Perpustakaan Selangor Dilanjutkan
- Selangor Akan Guna Dron Untuk Pantau Pencemaran Sumber Air
- Perak Rancang Wujudkan Arena E-Sukan