Perubahan Besar Buat Digital Chaos: Senarai Pemain Bertukar

Dalam tweet terbaru Rasmus 'MiSeRy' Filipsen kepada peminat mendedahkan yang ahli Digital Chaos telah keluar dari organisasi Amerika Utara tersebut dan digantikan dengan Team Onyx.

Pendedahan itu hadir seminggu selepas Shannon 'SUNSfan' Scotten, pengasas dan pemilik DC mengumumkan bahawa dia akan keluar dari organisasi tersebut.

MiSeRy berkata kumpulan itu akan kekal bersama dengan nama terbaru 'Thunderbirds' dan akan menyertai The Summit 7 pada bulan May ini.

Dalam masa yang sama, pemilik bersama DC, Thomas Hancock mengalukan kedatangan pemain baru ke organisasi tersebut.

Pasukan itu akan dianggotai oleh bekas pemain Team Onyx.

Sumber