Pertembungan Dua 'Raja' Kamera Untuk Tahun 2021

Umum mengetahui, siri Find X merupakan barisan peranti andalan dan antara yang terbaik dalam ahli keluarga OPPO. Baru-baru ini, OPPO telah pun melancarkan OPPO Find X3 Pro sebagai peranti andalan terbaru dalam siri Find X. Dengan kehadiran Find X3 Pro, ia juga disebut-sebut sebagai pesaing kepada Samsung Galaxy S21 Ultra.

Manakan tidak, Find X3 Pro dimuatkan dengan cip Snapdragon 888, mempunyai keupayaan kamera yang dipertingkatkan, rekaan peranti yang lebih baik dan sebagainya.

Rekaan




OPPO Find X3 Pro hadir dengan rekaan di mana OPPO memanggilnya sebagai Futuristic Curved Design dengan skrin melengkung. Modul kamera unik yang digelar sebagai Gradient Arc Camera ditempatkan pada panel belakang. Kamera hadapan pula dimuatkan pada paparan berlubang di penjuru kiri.

Sementara itu, Samsung Galaxy S21 Ultra turut mempunyai rekaan modul kamera unik yang disebut sebagai Contour Cut. Terdapat paparan berlubang di tengah yang menempatkan kamera swafoto.



Kedua-dua peranti menggunakan panel belakang kaca dan bingkai besi. Mempunyai ukuran 163.6 x 74 x 8.3mm serta berat 193g menjadikan OPPO Find X3 Pro adalah lebih nipis dan ringan berbanding Samsung Galaxy S21 Ultra dengan ukuran 165.1 x 75.6 x 8.9mm dan 227g.

Sebagai tambahan, kedua-duanya juga hadir dengan sokongan penarafan kalis air dan debu IP68.

Paparan




OPPO Find X3 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.7-inci dari jenis LTPO OLED dengan resolusi QHD+ (1440 x 3216) bersama kadar segar semula adaptif 5Hz hingga 120Hz, sokongan HDR10+, 525ppi serta maksimum kecerahan 1300 nits.



Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra, peranti ini mempunyai skrin bersaiz 6.8-inci Dynamic AMOLED dengan resolusi QHD+ (1440 x 3200). Panel yang digunakan juga adalah dari jenis LTPO adaptif yang membolehkan skrin disegar semula serendah 10Hz dari 120Hz secara dinamik mengikut aplikasi yang digunakan. Ia turut mempunyai sokongan HDR10+, 515ppi serta maksimum kecerahan 1500 nits.

Melihat pada spesifikasi paparan yang dinyatakan, ianya adalah hampir sama sahaja. Menariknya pada Find X3 Pro, ia hadir dengan Full-Path 10-bit Color Management bagi memastikan visual mempunyai ketepatan warna dengan hasil lebih menyerlah.

Spesifikasi


Dari segi spesifikasi, kedua-dua peranti mempunyai kelebihan yang tersendiri. OPPO Find X3 Pro hadir dengan cip andalan Qualcomm paling berkuasa iaitu Snapdragon 888 dengan 12GB RAM.



Sementara itu, Galaxy S21 Ultra ditawarkan dengan dua jenis cip mengikut pasaran iaitu Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Untuk pasaran Malaysia, ia didatangkan dengan cip pemproses Exynos 2100 dengan pilihan RAM sehingga 16GB.

Kamera




Antara fokus utama bagi sesebuah peranti sudah tentu pada keupayaan kamera yang ditampilkan. OPPO Find X3 Pro menempatkan empat kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada 50MP f/1.8 utama, 50MP f/2.2 ultra lebar, 13MP telefoto (3x zum optikal, 5x zum hibrid dan 20x zum digital) serta 3MP lensa mikro.



Menariknya, lensa mikro ini mempunyai keupayaan seumpama mikroskop, yang membolehkan anda melakukan sehingga 60x zum. Peranti ini juga mempunyai keupayaan untuk merakam gambar dalam format RAW+.



Sebagai tambahan, ia turut menawarkan sokongan Digital Overlap High Dynamic Range (DOL HDR). Berbanding HDR, DOL mempunyai keupayaan untuk merakam exposure secara serentak, di mana ia membantu menghilangkan kesan ghosting yang disebabkan oleh objek bergerak.



Bagi Samsung Galaxy S21 Ultra, ia dimuatkan dengan 108MP f/1.8 utama, 12MP f/2.2 ultra lebar, 10MP telefoto (3x zum optikal) dan 10MP lensa periskop (10x zum optikal dan sehingga 100x zum digital).

Dari segi zum, S21 Ultra mungkin mempunyai keupayaan yang lebih baik berbanding Find X3 Pro. Akan tetapi, Find X3 Pro pula mempunyai lensa mikro yang berfungsi seumpama mikroskop.

Bateri


Terdapat bateri berkapasiti 4500mAh yang dimuatkan pada OPPO Find X3 Pro. Ia hadir bersama sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Menurut OPPO, 40% bateri mampu diisi dalam tempoh 10 minit sahaja. Sebagai tambahan, ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar 30W, serta 10W pengecasan berbalik.



Bagi S21 Ultra pula, ia mempunyai kelebihan melalui penawaran bateri yang lebih besar dengan kapasiti 5000mAh. Akan tetapi, peranti ini dilengkapi sokongan pengecasan yang lebih perlahan dengan hanya 25W sahaja.

Selain itu, ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar 15W serta 4.5W pengecasan berbalik. Untuk sebuah bateri berkapasiti 5000mAh, ianya tidaklah perlahan namun sudah tentu tidak setanding dengan pengecasan seperti yang ditawarkan pada OPPO Find X3 Pro.

Kesimpulan


Kedua-dua peranti iaitu OPPO Find X3 Pro dan Samsung Galaxy S21 Ultra mempunyai spesifikasi skrin yang sama, binaan premium, keupayaan kamera yang baik dan sebagainya. Jika Samsung Galaxy S21 Ultra dimuatkan dengan kamera ‘super zoom’, Find X3 Pro pula mempunyai kelebihan lensa dengan ‘super macro’.

find x3 pro vs s21 ultra

Melalui Samsung Galaxy S21 Ultra, anda boleh mendapatkan bateri dengan kapasiti yang lebih besar. Manakala Find X3 Pro pula menawarkan pengecasan yang lebih pantas. Walaupun Galaxy S21 Ultra mempunyai sokongan stylus, namun ia perlu dibeli secara berasingan yang meningkatkan lagi kos pembelian.

Dalam erti kata lain, dengan segala spesifikasi yang ditawarkan untuk OPPO Find X3 Pro, ia merupakan antara pesaing terdekat kepada Samsung Galaxy S21 Ultra.



Berita baik untuk anda, OPPO Malaysia akan melancarkan Find X3 Pro 5G pada 25 Mac 2021, jam 4.00 petang. Tonton acara pelancaran melalui halaman Facebook OPPO Malaysia dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

**Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.