Pertarungan Kamera 48MP, Antara HONOR 20, Xiaomi Mi 9 Dan Vivo V15 Pro

Reading Time: 4 minutes

Kamera 48MP menjadi sensor pilihan banyak pengeluar telefon pintar sejak ia mula diperkenalkan. Antara peranti yang menggunapakai kamera 48MP setakat ini adalah HONOR View20, Redmi Note 7, siri Oppo Reno, siri Xiaomi Mi 9, Oppo F11 Pro, Vivo V15 Pro dan HONOR 20.

Setakat ini hanya ada 3 sensor yang menyokong penggunaan 48MP iaitu Sony IMX 586, Samsung Isocell GM 1 dan Sony IMX 582. Sudah tentu ketiga-tiga sensor ini memberikan hasil yang berlainan.

Maka dengan itu, dalam pertarungan kali ini, kami akan memfokuskan kepada 3 peranti yang menggunakan sensor Sony IMX586 yang berada dalam takuk harga yang sama iaitu HONOR 20, Xiaomi Mi 9 dan Vivo V15 Pro.

Situasi Pertama: Dalam keadaan cukup cahaya menggunakan kamera utama 48MP.

Honor 20

Xiaomi Mi 9

Apa kata juri

Melihat pada ketiga-tiga gambar, HONOR 20 menghasilkan imej yang lebih terang terutamanya di bahagian belakang kedai.

Melalui ciri 48MP Ultra Clarity, ia sememangnya membantu untuk mempejelaskan kawasan yg terdapat bayang-bayang. Fungsi Ultra Clarity juga penting untuk memperkemaskan perincian gambar terutamanya apabila gambar perlu di-crop atau zoom.

Vivo V15 Pro dan Xiaomi Mi 9 juga tidak kurang hebatnya. Ia bergantung pada citarasa dan kreativiti pengguna itu sendiri.

Situasi Kedua: Portrait Mode

Apa kata juri

Untuk potrait mode sudah tentu para juri melihat kekemasan pemisahan kabur di latar belakang dengan subjek di depan.

Disini juri memfokuskan kepada bahagian kepala terutamanya rambut.

HONOR 20 dan Xiaomi Mi 9 dilihat menghasilkan pemisahan latar belakang yg kemas. Gambar pada HONOR 20 dilihat memiliki kontras yang tinggi dan kita dapat lihat perincian jelas di bahagian muka.

Manakala Xiaomi Mi 9 dan Vivo V15 Pro memberikan imej yang sedikit lembut.

Situasi Ketiga: Dalam Keadaan Gelap Dan Kurang Cahaya

Apa kata juri

Ketiga-tiganya memberikan imej yang cukup memuaskan dengan mempertaruhkan ciri Night Mode masing-masing.

Tetapi gambar HONOR 20 dilihat lebih cerah terutamanya di bahagian dinding banggunan.

Namun, pada pandangan juri, Xiaomi Mi 9 berjaya mengurangkan suar cahaya dan gambar dilihat lebih kemas.

Vivo V15 Pro menghasilkan suar cahaya yang paling ketara. Gambar nampak sedikit comot.

Situasi Ke Empat: Penghasilan Warna

 Apa kata juri

Gambar yang dihasilkan pada Vivo V15 Pro memberikan warna yang paling pekat. Terlalu pekat bermakna gambar oversaturated.

Manakala Xiaomi Mi 9 pula memberikan warna yang paling lembut dan sedikit kekuningan.

Dari segi warna, HONOR 20 menghasilkan warna gambar yang lebih sesuai dengan bantuan AI.

Keputusan Juri

Pertarungan kali ini jelas menunjukkan perlumbaan di antara dua peranti iaitu HONOR 20 dan Xiaomi Mi 9.

Dalam keadaan cukup cahaya ketepatan warna dan perincian gambar dipegang oleh HONOR 20. Melalui fungsi 48MP Ultra Clarity, gambar nampak lebih menonjol tanpa perlu suntingan dari pengguna itu sendiri.

Tetapi dalam keadaan kurang cahaya Xiaomi Mi 9 menghasilkan gambar yang lebih kemas. Akan tetapi HONOR 20 memberikan imej yang lebih cerah.

Pemenang: HONOR 20 menang tipis hanya kerana ia memiliki 4 kamera yang lebih versatil untuk pengguna dengan tambahan lensa micro berbanding lensa tambahan telefoto yang terdapat pada Xiaomi Mi 9.

Pada pandangan peribadi saya, lensa telefoto masih lagi tidak praktikal untuk tujuan penzuman terutamanya dari segi menghasilkan imej yang stabil. Namun, ia bergantung pada selera dan penggunaan masing-masing.


Haikel Areff
Tentang Penulis

Quaterback Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *