Pertandingan "Tilawah Bersama Bigo" Tawar Hadiah Sehingga RM3000

Platform penstriman Bigo Live hari ini melancarkan sebuah pertandingan tilawah Al-Quran "Tilawah Bersama Bigo" dalam usaha meraikan Aidilfitri.



Pertandingan yang akan berlangsung dari 24 Mei hingga 30 Mei ini juga akan disertai Farhatul Fairuzah sebagai pengadil pusingan akhir. Beliau merupakan  pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019.

Selain itu, Tilawah Bersama Bigo juga merupakan kempen kutipan derma anjuran Islamic Relief Malaysia untuk menyokong COVID Emergency Appeal Food Aid.

Disamping mengundi dan memberi hadiah maya kepada peserta kegemaran, penonton juga secara tidak langsung menderma kepada bantuan makanan kecemasan COVID-19.

Baca juga - Ini Harga Langganan Twitch Untuk Pengguna Malaysia

Menariknya lagi, peserta penyertaan berpeluang memenangi wang tunai bernilai antara RM1,000 hingga RM3,000.

Kepada yang berusia 18 tahun keatas dan berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda sudah boleh membuat pendaftaran melalui pautan ini.

Layari Facebook Bigo Live Malaysia untuk dapatkan maklumat kandungan terkini yang akan dijalankan bersama selebriti-selebriti Malaysia.

Suumber: siaran akhbar Bigo Live