Persoalan Sudah Terjawab, Vivo V17 Pro Dengan 6 Kamera Dilancarkan Di Malaysia 1 Oktober Ini

Baru-baru ini telah tersebar pengesahan dari SIRIM kehadiran peranti terbaru dari Vivo, namun masih belum pasti model apakah yang telah mendapat kelulusan tersebut.



Hari ini, Vivo Malaysia telah mengesahkan peranti terbarunya iaitu Vivo V17 Pro bakal dilancarkan di Malaysia 1 Oktober ini. Namun, lokasi pelancaran tersebut masih belum pasti dan pihak Vivo Malaysia akan memberitahu kemudian.

Pelbagai spekulasi dari pihak luar mengenai peranti ini, ada di antara spekulasi tersebut mengatakan bahawa Vivo V17Pro akan hadir dengan 6 kamera di mana dua kamera hadapan jenis "pop up" dan mempunyai empat kamera utama di bahagian belakang "quad camera".

Ada spekulasi lagi yang mengatakan bahawa kamera hadapan Vivo V17 Pro ini dilengkapi dengan sistem Dual Popup optik sudut lebar 32MP dan sensor depth 2MP, manakala mempunyai kamera utama 48MP, sensor ultra sudut lebar 8MP dan dua sensor 2MP. Walau bagaimanapun, spesifikasi sebenar vivo V17 Pro masih belum disahkan.



Jika dilihat di Facebook Utama Vivo Malaysia, jelas bahawa Vivo V17 Pro akan hadir dengan 6 kamera dan mempunya quad camera pada bahagian belakang peranti.

Ia menunjukkan bahawa Vivo telah menambah lensa kamera berbanding peranti terdahulu iaitu Vivo V15 Pro yang hadir dengan 3 kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 48 MP, f/1.8, kamera ultra sudut lebar 8 MP, f/2.2 dan kamera depth 5 MP, f/2.4. Manakala kamera hadapan pula hadir dengan pop up camera 32 MP, f/2.0.

Pasti ramai yang menantikan kehadiran Vivo V17 Pro dan untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan dari semasa ke semasa anda boleh layari Facebook utama Vivo Malaysia https://www.facebook.com/VivoMalaysia atau laman utama Vivo Malaysia https://www.vivo.com/my