Perrier x Murakami - Botol Air Edisi Terhad Dengan Sentuhan Takashi Murakami

Setelah bekerjasama dengan beberapa jenama hebat sebelum ini, kali ini Takashi Murakami memberi sentuhan tersendiri pada botol air Perrier. Lihat video di bawah untuk mendengarkan wawancara dengan artis itu sendiri mengenai kolaborasi Perrier x Murakami.

https://youtu.be/2MMEWVPNePg

Murakami, artis terkenal dari Jepun itu menggunakan jenama air mineral tersebut untuk mereka botol kaca bercetak edisi terhad. Beliau menggabungkan motif bunga senyum ikoniknya dan juga karakter kegemaran ramai, Kaikai dan Kiki, menghasilkan rekaan yang ceria.

Kata Murakami dalam video wawancaranya, "When Perrier first approached me, I felt extremely lucky to have the opportunity to collaborate with this sparkling water brand with such a long history." Beliau juga mengatakan Perrier banyak memberi kenangan pada dirinya sewaktu beliau masih muda lagi.



Botol Perrier x Murakami meneruskan sejarah kolaborasi jenama air mineral tersebut bersama dengan artis-artis hebat yang lain. Sepanjang 150 tahun yang lalu, syarikat tersebut pernah bekerjasama dengan lagenda-lagenda hebat antaranya Andy Warhol, Salvador Dali, dan Jean-Gabriel Domergue.

Paul Cordina, Pengurus Komunikasi Global Perrier mengatakan, "Takashi Murakami is one of the most prominent contemporary living artists in the world. He has succeeded in creating art that is both accessible and deeply considered. And it is together with a flair for what is most fresh and most pertinent to the widest audience."

Dikhabarkan botol edisi terhad ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada bulan hadapan.

Berkaitan