PERODUA Akan Menggunakan Teknologi Saringan Kesihatan Automatik Dari MARii

PERODUA yang terawal menggunakan teknologi CIMS.


Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah memperkenalkan teknologi sistem pemantauan kesihatan tanpa sentuhan bagi tenaga kerja.

Sistem yang dikenali sebagai CIMS (COVID-19 Intelligent Monitoring System) ini diintegrasikan dengan sistem kerajaan yang direka bagi industri dan syarikat perniagaan melakukan operasi pemantauan kesihatan terhadap para pekerja mereka.

Teknologi ini memanfaatkan teknologi pengecaman muka (FR) dan teknologi penyaringan termal suhu yang digandingkan ke dalam sistem IoT bagi membenarkan sistem pemantauan tanpa sentuhan.


Pengenalan teknologi ini sekaligus selari dengan garis panduan (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membolehkan sektor ekonomi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.


Ia juga sebagai usaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dikalangan pekerja.



Pembangunan CIMS ini adalah hasil kerjasama rapat G3 Global Berhad sebagai syarikat peneraju di dalam Kepintaran Buatan (AI) dan perniagaan IoT.

Post-MCO, we will have to implement new solutions to fulfil the health monitoring requirements and SOPs within our businesses, and this will definitely add manpower, equipment and operating costs for companies, particularly those with a large number of employees” CEO MARii, Dato’ Madani Sahari.

Menurut MARii, PERODUA dijangka akan menjadi pihak terawal mengaplikasikan CIMS di dalam ekosistem syarikat mereka.