Pernahkah Anda Dengar Tentang Telefon Pintar ChampOne C1?








Pernahkah anda dengar tentang ChampOne? Sebuah syarikat dari India yang telah mengeluarkan telefon pintar jenama meraka sendiri iaitu ChampOne C1 yang akan dilancarkan 2 September ini.



ChampOne menggunakan Android 5.1 Lollipop dan menyokong dwi sim. Ianya mempuyai paparan IPS skrin HD berukuran 5 inci (720x1280 pixel) dan dikuasai oleh 1.3GHz MediaTek MT6735 dengan prosessor quad-core dan mempunyai RAM 2GB. Ianya juga mempunyai 16GB memori dalaman.Kameranya pula mempunyai 8 megapixel di belakang dan 5 megapixel di hadapan. Kapasiti baterinya ialah sebanyak 2500mAh dan mempunyai sokongan 4G LTE.



Dengan harga Rs251 iaitu sebanyak RM 17, telefon pintar ini telah menaikkan beberapa syak wasangka kerana harganya yang sangat murah. Beberapa laporan mengatakan ianya adalah iklan palsu kerana syarikat tersebut dikatakan memalsukan beberapa dokumen dan tidak membayar yuran pendaftaran.



Sebelum ini, terdapat juga beberapa syarikat telefon pintar yang juga telah dikenalpasti menipu pelanggan dengan iklan palsu seperti mPhone, dimana CEOnya telah ditangkap atas sebab yang sama. Sama juga seperti pelancaran telefon pintar Docoss X1 baru baru ini yang dikatakan telah menipu pelanggan kerana belum lagi menghantar peranti mereka walaupun pelanggan sudah membayarnya. Sama sama kita nantikan. Buat masa ini, dinasihatkan jangan membuat sebarang tempahan kerana ditakuti ianya adalah palsu.



ADVERTISEMENT



x