Pernah Muat Turun 13 Aplikasi Permainan Ini? Peranti Anda Sudah Dijangkiti Malware

Lukas Stefanko, pengkaji sekuriti dari ESET  beberapa hari lalu telah berkongsi maklumat tentang 13 aplikasi permainan yang dilaporkan sebagai perisian hasad.



Sudah mencatat angka 560,000 muat turun dari Google PlayStore, pihak Google akhirnya menarik balik aplikasi-aplikasi ini dari platform tersebut.



Difahamkan juga, 2 daripada 13 aplikasi terlibat diletakkan sebagai aplikasi trending di PlayStore.

Persamaan yang boleh dilihat pada pada kesemua aplikasi ialah dibangunkan daripada pembangun yang sama.

Aplikasi-aplikasi ini tidak langsung berfungsi dimana setelah ditekan, ia seakan-akan "crash" dan menyembunyikan ikon.

Dalam masa yang sama, ia akan memuat turun aplikasi malware kedalam telefon pintar pengguna. Setelah siap dipasang, malware ini akan memaparkan iklan pada skrin paparan setiap masa.

Malware ini juga dikatakan agak sukar dibuang kerana ia menyembunyikan ikonnya sendiri, dan turut beroperasi pada latarbelakang setiap kali peranti dihidupkan.

Anda pernah muat turun salah satu aplikasi yang disebutkan?