Pernah Menjadi Popular Di Facebook, Permainan FarmVille Akan Ditamatkan Pada Hujung Tahun Ini

Jika anda antara pengguna terawal Facebook, mungkin anda pernah atau masih bermain permainan FarmVille dalam platform tersebut. Namun, setelah 11 tahun diperkenalkan, Zynga kini mengumumkan FarmVille akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.

https://www.facebook.com/FarmVille/photos/a.213024185455609/3358369730921023/

Ia berikutan keputusan Adobe untuk menghentikan kemas kini Flash Player pada semua pelayar. Facebook turut mengumumkan sokongan permainan Flash akan dihentikan sepenuhnya selepas tarikh tersebut. Oleh kerana permainan FarmVille memerlukan plugin Flash Player, ia tidak lagi boleh dimainkan selepas 31 Disember nanti. Menurut Zinga,

“We’re aware that many of you have been with us since the very beginning, helping to build an incredible global community of players over the years who’ve enjoyed this game just as much as we have. For that we say thank you,”

Mengimbas kembali, FarmVille dilancarkan pada 2009 hanya selepas beberapa tahun Facebook dilancarkan. Setelah dua bulan dilancarkan, ia mempunyai 10 juta pengguna aktif secara harian. Kemuncak populariti FarmVille apabila berjaya mencapai 30 juta pengguna yang memainkan permainan itu secara harian.

bila farmville ditamatkan

Zynga mengumumkan pemain FarmVille boleh meneruskan pembelian dalam aplikasi sehingga 17 November. Selepas tarikh tersebut, sistem pembayaran akan dihentikan. Dalam pada itu, pengguna sedia ada boleh meneruskan permainan FarmVille sehingga 31 Disember 2020.

Sumber: Zynga via The Verge