Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Permohonan Pengeluaran i-Citra Diawalkan Kepada 12 Julai 2021

Posted on Julai 11, 2021Julai 11, 2021

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra akan dibuka pada 15 Julai 2021.

Tetapi pada hari ini, KWSP memaklumkan permohonan pengeluaran i-Citra diawalkan kepada 12 Julai 2021 iaitu 3 hari lebih awal dari tarikh yang diumumkan sebelum ini.

Jadi, permohonan i-Citra akan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Permohonan itu pula hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal i-Citra Online sahaja.

Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.

Baca selanjutnya di: https://t.co/1oCxCY7At2#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/vLbp1WiNl2

— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 11, 2021

KWSP memaklumkan, bayaran bagi permohonan i-Citra yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan dibayar bermula dalam bulan Ogos 2021 nanti.

Jadi kepada pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan wang simpanan mereka, bolehlah melayari laman portal https://icitra.kwsp.gov.my.

untuk info lanjut tentang i-Citra, sila layari laman https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra.

Sumber: KWSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress