Permohonan Kerja Steve Jobs Dijual Pada Harga RM 680,000

Sumbangan Steve Jobs kepada Apple Inc. sangatlah besar dan menjadikan syarikat Cupertino itu sebagai jenama paling bernilai di dunia ketika ini. Dia yang pernah keluar seketika dari Apple Inc dan kemudia memasuki kembali syarikat pembuat barangan elektronik telah merevolusikan bagaimana sesuatu produk pengguna itu direka dan memberikan nilai tambah kepada jenama mereka.

Jobs telah didagnoisis dengan penyakit tumor pada tahun 2003 dan meninggal dunia pada tahun 2011 pada umur 56 tahun. Kisah hidupnya banyak didokumentarikan di dalam filem Hollywood yang memaparkan kisah bagaimana dia dan pengasas Apple Inc. lain menubuhkan syarikat tersebut.

Kini dalam satu acara lelongan yang dilakukan oleh RR Auction, permohonan kerja Steve Jobs telah dilelong dengan harga melebihi RM 680,000. Dokument tersebut telah dibida oleh seorang pengusaha internet dari London yang mahu identitinya dirahsiakan.



 

Dokumen ini memaparkan tahun dokumen ini diisikan dan beberapa maklumat yang diisi oleh Jobs yang agak ganjil untuk permohonan kerja. Tidak dapat dipastikan organisasi apa yang Jobs mohon bekerja pada tahun 1873 tetapi dia dan Steve Wozniak telah mula bekerja di Atari pada tahun 1976.