Permit Rawatan Ke Klinik Atau Pembelian Barang Keperluan Boleh Dibuat Di Aplikasi GERAK

Aplikasi mudah alih GERAK Malaysia telah dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan urusan permohonan permit atau kebenaran pergerakan secara atas talian. Ini adalah untuk mengelakkan daripada orang ramai terpaksa keluar rumah berada di balai polis untuk memohon permit tersebut.

Selain dari memohon permit untuk pergerakan bagi mereka yang terkandas di kampung halaman, permit untuk pergerakan lain juga boleh dibuat melalui aplikasi GERAK ini.

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjelaskan permohonan lain tersebut adalah dibenarkan bagi tujuan-tujuan berikut:

  • Pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 KM dari kediaman;

  • Mendapatkan rawatan perubatan

  • Keadaan kecemasan contohnya kematian ahli keluarga terdekat; DAN

  • Aktiviti perlu, seperti membaiki kerosakan kenderaan atau membaik pulih kerosakan di dalam rumah


Namun begitu, buat masa ini hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri sahaja yang akan diproses. Menurut PDRM, maklumat lanjut mengenai garis panduan lain berhubung permit pergerakan ini akan diumumkan pada 29 April 2020 ini.

Aplikasi GERAK Malaysia boleh dimuat turun melalui gedung aplikasi seperti Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery. Untuk tatacara proses mendaftar aplikasi GERAK, anda boleh baca artikel ini.

Sumber: PDRM

 

Berkaitan