Permintaan Modem Dan Cip IoT Membantu Qualcomm Mengukuhkan Pegangan Dalam Pasaran

Keuntungan dan pulangan Qualcomm dalam suku ke 4 telah melebihi jangkaat pasaran dengan sektor cip telefon pintar menjadi sumbangan utama diikuti permintaan cip dari industri automotif dan IoT.

Qualcomm yang diketahui sedang melalui kes di mahkamah dengan Apple yang perolehan dari sektor selain dari telefon pintar telah meningkat lebih dari RM 12.6 biliom, peningkatan sebanyak 25% dari tahun lepas untuk tahun kewangan yang terbaru.

Pulangan dari bahagian cip Qualcomm yang digunakan oleh kebanyakkan peranti Android dan Apple telah meningkat sebanyak 13% dalam suku terbaru. Pulangan perlesenan walau bagaimanapun telah berkurang sebanyak 36%.

Ada ura-ura juga yang Apple Inc. akan tidak menggunakan lagi cip dari Qualcomm  selepas mereka terlibat dalam kes saman di mahkamah

Sumber

Berkaitan