Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi GPU RTX 4070 Dikatakan Setanding RTX 3090

Permintaan GPU Lemah, Nvidia Gaming Catat Penurunan Hasil Sehingga 51%

Diterbitkan November 21, 2022 · Dikemas kini November 21, 2022 oleh ariff bukhari

Untuk tempoh suku ke-3 yang berakhir pada 30 Oktober 2022, pendapatan Nvidia Gaming dilaporkan hanya mencapai sebanyak USD1.57 bilion (~RM7.15 bilion) sahaja.

Ia berbeza berbanding tahun lalu di mana Nvidia Gaming mencatatkan hasil sebanyak USD3.2 bilion (~RM14.57 bilion).

Ini berlaku selepas Nvidia mengurangkan jumlah kad grafik yang dijualnya kepada peruncit untuk mengurangkan keadaan lebihan bekalan yang dihadapi oleh pasaran GPU.

Berkaitan

  • NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106
  • NVIDIA Dilaporkan Merendahkan Prestasi Cip untuk Pasaran China
  • Nvidia Dan Microsoft Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Superkomputer AI

Faktor lain di sebalik permintaan yang jatuh juga adalah kemerosotan perlombongan mata wang kripto. Pada bulan September lepas, Ethereum menamatkan perlombongan berasaskan GPU yang merupakan pemacu penting jualan kad grafik Nvidia sejak dua tahun lalu.

Dalam tempoh fiskal suku ke-3, Nvidia telah melancarkan kad grafik terbaru mereka iaitu GeForce RTX 4090 yang telah habis dijual walaupun harganya tinggi.

Namun begitu, produk itu masih gagal untuk menyokong pendapatan Nvidia Gaming untuk suku tersebut.

Sumber: NVIDIA, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY