Permintaan Galaxy S9 Lemah Berbanding Galaxy S8

Peranti Galaxy S9 merupakan satu peranti yang hebat sesuai dengan kelas flagship menampilkan cip Qualcomm Snapdragon 845, rekaan luaran yang lebih kemas di samping prestasi kamera yang ditambah baik.

Kapsyen: Samsung S9 leaked online


Malangnya semua itu tidak dapat mengubah pendirian pengguna untuk menukar peranti mereka ke Galaxy S9. Di Korea Selatan sahaja , Samsung hanya mampu menjual 70% dari jumlah Galaxy S8 dijual pada hari pertama kedua-dua peranti dijual. Angka yang terlibat adalah 180,000 peranti Galaxy S9 berbanding 260,000 peranti Galaxy S8.

Kapsyen: Galaxy S8


Peranti telefon pintar Android akan mengalami penurunan dari segi jualan jika tiada perubahan besar dilakukan untuk peranti tersebut dan pihak Samsung terpaksa mengharungi tahun 2018 dengan trend sebegitu.

Tidak dipastikan bagaimana prestasi jualan Galaxy S9 untuk negara lain yang kerana belum dilancarkan secara rasmi lagi.