Permainan Video Power Rangers Akan Hadir Ke Semua Konsol Utama April Ini

Anda peminat siri kartun popular, Power Rangers? Syarikat nWay ada berita baik untuk anda.

Mereka akan memperkenalkan sebuah permainan video Power Rangers baharu pada April tahun ini.

Saban's Power Rangers: Battle For The Grid akan dilancarkan bagi semua konsol utama generasi terkini iaitu PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. Tarikh pelancaran bagi PC pula akan dikeluarkan kelak.

https://youtu.be/pIG6dnEcn44

Jika mengikut video acah permainan, gaya permainan ini seolah-olah sama seperti Tekken atau Street Fighter.

Pra-tempahan untuk permainan ini sudah pun dibuka dan bagi pemain yang membuat pra-tempahan, mereka bakal menerima satu kostum istimewa bagi watak Green Ranger.

 

Sumber: Kotaku