Permainan Video One Punch Man: A Hero Nobody Knows Akhirnya Tiba Di Platfom Steam, PS4 Dan XBOX One

Hero yang mampu menewaskan musuh hanya dengan 1 penumbuk.


Bandai Namco Entertainment Asia akhirnya telah melancarkan judul permainan yang dinantikan para peminat permainan video, khususnya peminat anime dan manga iaitu One Punch Man: A Hero Nobody Knows.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows ini adalah permainan yang diadaptasi dari siri manga popular, One Punch Man.

Ia merupakan permainan pertama bagi siri manga tersebut yang hadir untuk platfom PlayStation4, Xbox One dan Steam.

Karakter-karakter utama yang terdapat di dalam permainan ini termasuklah Saitama, Genos dan 27 lagi karakter menarik lain yang boleh dimainkan.

Jadi peminat One Punch Man bolehlah memiliki permainan terbaru ini dan memainkan watak-watak hero idola mahupun watak raksaksa kesukaan mereka.

Bandai juga menawarkan bonus bagi pembelian awal judul permainan ini. Untuk info lanjut, layari laman Bandai Namco Entertainment Asia.

https://www.youtube.com/watch?v=IZ9z9GLOPqE

Berkaitan