Permainan Video Mungkin Terlibat Dalam Sukan Olimpik Pada Masa Akan Datang

Permainan video dianggap sebagai membazir masa dan wang oleh sesetengah pihak sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah membuka mata bahawa industri permainan video ini juga boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang terlibat.

Hari ini, bukan sahaja pembangun permainan yang mendapat pendapatan lumayan, malah pemain juga berpeluang menerima habuan ribuan malah jutaan ringgit hanya dengan bermain permainan video. Ia juga telah dikategorikan sebagai acara sukan oleh Kesatuan Olimpik Antarabangsa(OIC) tahun lalu.


Kredit : Steemit


Sehubungan dengan itu, presiden OIC, Thomas Bach tidak menolak kemungkinan bahawa permainan video turut akan disertakan sebagai salah satu dari acara dalam sukan Olimpik pada masa akan datang. Beliau menyatakan sedemikian ketika ditemuramah oleh wartawan LA Times pada Jumaat.

Bagaimanapun, Bach menegaskan ianya tidak akan berlaku pada temasya Olimpik Tokyo pada 2020 mahupun Paris 2024. Perkara ini akan dibincangkan bersama ahli OIC bagi menentukan sama ada e-ports akan disertakan pada temasya Olimpik Los Angeles 2028 atau tidak.


Kredit : Casino.org


E-sports telah berada di tahap tertinggi yang pernah dicapai setakat ini selepas Kesatuan Olimpik Asia(OCA) mengumumkan perancangan mereka untuk membawa acara berkenaan ke Sukan Asia Guangzhao 2022 kelak. Namun, ia masih lagi berada di peringkat perancangan awal.

Sekiranya perkara ini dilaksanakan, tidak mustahil industri permainan video selepas ini akan menjadi salah satu industri terbesar di dunia. Kami harap kerajaan Malaysia mengambil ini sebagai peluang untuk membangunkan industri permainan video di negara ini pada masa hadapan.

Sumber