Permainan Video Lord of The Rings Sedang Dibangunkan, Bakal Dilancarkan Pada 2021

Berita baik bagi peminat  Lord of The Rings serta penggemar permainan video di luar sana, satu permainan video bagi siri fantasi popular itu dilapor sedang dibangunkan ketika ini.

Daedalic Entertainment, sebuah syarikat pembangun permainan video dari Jerman mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses menyiapkan projek terbaru mereka, Lord of The Rings: Gollum. 

Menurut sumber, permainan jenis action-adventure itu akan mengambil tempat pada zaman diantara zaman The Hobbit dan The Lord of the Rings. 



Pembangun permainan ini berkata mereka mahu pemain menikmati pengalaman penceritaan jalan cerita semasa mereka bermain permainan ini nanti.

Permainan ini dijangka akan memerlukan pengguna untuk memilih di antara keputusan Smeagol dan Gollum di mana ia bakal mempengaruhi penamat kepada permainan ini.

Untuk membangunkan permainan ini, Daedalic Entertainment telah bekerjasama dengan Middle-earth Enterprises iaitu pemilik kepada hak eksklusif bagi  The Lord of The Rings dan The Hobbit.

Mereka meramalkan akan melancarkan permainan ini selewat-lewatnya tahun 2021 dan akan ditawarkan di PC serta "konsol-konsol lain" yang tersedia pada waktu itu nanti.

 

Sumber: Hollywood Reporter