Permainan Video Death Stranding Akan Dikeluarkan Untuk PS4 Dan PS5

Permainan video Death Stranding sudah lama dinantikan para peminatnya. Walaupun iklan acah permainan berkenaan sudah dikeluarkan, tarikh sebenar pelancaran masih belum diumumkan lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=kMaxrryH0es

Baru-baru ini, khabar angin mengatakan Death Stranding bakal dikeluarkan untuk platform PlayStation 4 pada Mac 2019. Tidak cukup dengan itu, ia juga akan didatangkan pada konsol terbaru PlayStation 5, pada tahun berikutnya.

Namun begitu, penganalisa dari Wedbush Securities, Michael Patcher memberi pendapat, Death Stranding mungkin dilancarkan lebih lewat dari tarikh yang diperkatakan.

Ia dikaitkan dengan kurangnya pengumuman baru yang dibuat Sony pada acara Electronic Entertainment Expo 2018 yang berlangsung Jun lepas. Ini memberi petunjuk bahawa,Sony mungkin beralih fokus dari PS 4 kepada konsol generasi seterusnya.

Berkemungkinan juga, Death Stranding bakal dilancarkan untuk kedua-dua platform sekaligus.

Sumber: PlayStation Life Style