Permainan The Witcher 3 Di Steam Lebih Popular Dimainkan Berbanding Ketika Mula-Mula Dilancarkan

Ketika mula-mula dilancarkan pada tahun 2015, permainan The Witcher 3: Wild Hunt hanya mencatat jumlah pemain tertinggi dalam satu-satu masa seramai 92,268. Namun minggu ini, jumlah itu meningkat kepada seramai 94,601 pemain.

Ini menunjukkan The Witcher 3 kembali popular dimainkan setelah 4 tahun ia dilancarkan. Permainan itu juga tersenarai dalam carta 10 permainan yang paling banyak dimainkan pada platform Steam.

Kapsyen: The Witcher 3: Wild Hunt


Antara permainan lain dalam siri sama yang menerima peningkatan pemain adalah The Witcher: Enhanced Edition. Permainan itu juga mencatatkan 100 permainan paling banyak dimainkan di Steam dan juga rekod pemain terbanyak dengan 12,000 pemain dalam masa 24 jam.

Dengan populariti siri The Witcher oleh Netflix, tidak disangkal lagi ia berjaya menarik minat pemain baharu untuk memainkan permainan tersebut. Antara faktor lain juga adalah harga permainan yang rendah ketika jualan musim sejuk Steam baru-baru ini.

Adakah anda turut menerima tempias sama dalam memainkan permainan The Witcher 3 ini?

Sumber: Polygon

Berkaitan