Permainan The Walking Dead: Our World Akan Akhiri Penantian Peminat

Penantian setahun peminat The Walking Dead akan berakhir pada 12 Julai ini kerana aplikasi permainan telefon pintar The Walking Dead: Our World akhirnya akan dikeluarkan. AMC dan Next Game telah bergabung untuk menghasilkan permainan gaya Pokemon Go ini. Aplikasi permainan ini boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dan juga Android secara percuma.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=SeopHktbtnc[/embed]

Permainan telefon pintar berkonsepkan augmented reality (AR) ini memerlukan pemain untuk berjalan dikawasan sekitar anda dan berlawan dengan zombies disamping watak utama Walking Dead seperti Daryl, Rick dan Michonne. Pemain juga perlu menyelamat survivors untuk ditambah ke dalam koleksi permainan, menjalankan misi dan bekerjasama bersama pemain lain untuk cabaran mingguan.



Pada awal tahun ini, pemaju permainan iaitu Next Game turut mengumumkan bahawa The Walking Dead: Our World akan menggunakan Google Maps untuk beroperasi. Dengan itu, aplikasi permainan ini mempunyai data lokasi yang terkini dan mampu memberikan permainan meliputi mercu tanda ataupun bangunan terkenal didunia yang tepat pada lokasi pemain.



Sebenarnya saya membayangkan aplikasi permainan ini berasaskan third person shooter (TPS) seperti PUBG Mobile dimana pemain dapat merasai keghairahan membunuh zombies, mengutip senjata dan misi ke safe zone. Melalui video acah yang dipamerkan, saya secara jujurnya agak kecewa kerana ianya berlandaskan konsep AR seperti Pokemon Go. Apakah pandangan anda dengan aplikasi permainan ini? Kongsikan bersama saya diruangan komen di bawah.

Sumber