Permainan Tetris Dikeluarkan Dari Play Store Dan App Store - Dihentikan Sepenuhnya Selepas 21 April

Pada tahun 2011, EA melancarkan permainan Tetris bagi peranti mudah alih, diikuti dengan Tetris Blitz pada 2013. Sebagai satu-satunya cara untuk bermain Tetris secara "rasmi" di telefon anda, aplikasi ini telah menjadi sangat popular dalam kalangan peminat permainan susunan-bata.

Walaupun aplikasi tersebut akan dihentikan sepenuhnya selepas 21 April 2020, namun permainan Tetris 2011, Tetris Premium, Tetris Blitz telah dikeluarkan dari Play Store dan App Store serta tidak dapat diakses bagi pengguna baru. Bagi pengguna sedia ada, anda dapat terus bermain permainan tersebut sehingga 21 April.

Tetris Kapsyen: Gambar: MacRumors Forum


EA tidak memberi penjelasan mengenainya. Namun, keputusan seperti ini mungkin disebabkan lesen. EA pernah menjadi pemegang lesen eksklusif Tetris, tetapi ia telah tamat tempoh dan EA kelihatan tidak mahu memperbaharuinya.

EA juga mungkin tidak akan melancarkan permainan mudah alih Tetris mereka sendiri, tahun lalu, pembangun N3TWORK telah mengumumkan mengambil alih francais dengan nama Tetris Royale. Titik jualan utamanya adalah modĀ battle-royale dengan 100 pemain sama seperti Tetris 99 Nintendo Switch.

Sumber: MacRumors, Android Police