Permainan Tekken 7 Belum Pasti Ditawarkan Pada Konsol Switch

Permainan popular Tekken 7 telah dijadualkan pelacarannya pada Jun hadapan.

Dikhabarkan permainan keluaran Bandai Namco ini akan ditawarkan pada


  • Xbox One




  • PS4




  • Komputer




tekken_7_digital_pre_order_1

tekken-7-xbox-one-code

Tetapi berita kurang gembira bagi pemilik Nintendo Switch kerana hingga sekarang, pihak Bandai Namco masih belum dapat mengesahkan penawaran permainan tersebut untuk peranti Switch.

Di dalam satu temubual bual bersama GameSpot, penerbit "Tekken 7", Katsuhiro Harada mendedahkan yang pihak Bandai Namco masih belum sempat untuk mengkaji peranti Switch itu.

" Secara rasminya, kami tidak boleh memberi sebarang komen tentang perkara ini oleh kerana polisi ketat syarikat berkaitan dengan Switch.


Tetapi secara peribadi, kami sedang sibuk menyediakan Tekken bagi platform yang kami sendiri tidak mempunyai cukup masa untuk mengkaji alatannya.


Kami tidak berpeluang untuk membelinya - ia habis dijual setiap kali kami mahu membeli."



Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Katsuhiro Harada, ia jelas sekali merujuk kepada platform Switch.

Nintendo Switch telah terjual sebanyak 300,000 unit pada minggu pertama ia dikeluarkan.

Rasanya pemilik Switch perlu menunggu lebih lama lagi untuk merasai permainan Tekken 7 pada peranti itu dan nantikan kenyataan rasmi dari Bandai Namco untuk berita yang selanjutnya.

Sumber: Gameranx