Diawal penawarannya, ia berjaya menarik perhatian ramai pemain video diluar sana termasuklah PewDiePie, dan ia merupakan permainan pertama dari Indonesia yang sering dimainkan oleh pemain dari luar negara tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=5qoTI_Uu-mU
Mengutip laporan dari Kompas.com, CEO Digital Happiness, Rahmat Imron, telah menyuarakan rancangannya untuk menawarkan DreadOut ke platform konsol, tetapi tidak menyatakan sama ada PlayStation 4 ataupun Switch.
Untuk membolehkan DreadOut dimainkan pada platform konsol, syarikat pembangun memerlukan Software Developement Kit (SDK). Walaubagaimanapun, pembangun permainan di Indonesia masih tidak mempunyai SDK dan ia dilihat sebagai faktor penghalang rancangan tersebut.
Menurut Imron seperti yang dilaporkan Kompas.com, beberapa pembangun Indonesia seperti Toge Productions dan Agate sudah menawarkan permainan di konsol. Hal ini kerana mereka menggunakan khidmat penerbit luar negara serta menubuhkan syarikat di luar negara.
Meskipun begitu, Digital Happiness masih mahu berusaha sendiri dalam penawaran DreadOut ke platform konsol yang membawa maksud ia hanya akan berlaku apabila SDK konsol tersedia di Indonesia terlebih dahulu.
Digital Happiness masih belum lagi berminat untuk membangunkan DreadOut ke platform mudah alih seperti Android dan iOS.
Sumber: Kompas.com
Berkaitan
- Industri Digital Malaysia Belum Sedia Hadapi Cukai Digital - IPAY88
- Permainan For Honor Ditawarkan Percuma Di Steam
- Qualcomm Memperlihatkan Produk Baru, Penukar Analog Digital Dengan Sambung USB-C
- TnG Digital Adakan Promosi Dengan Ganjaran 1 Tahun Tol Percuma
- Western Digital Perkenal WD Black PCIe SSD
- Android Sebenarnya Dibangunkan Untuk Kamera Digital, Bukan Telefon Pintar
- Kad MikroSD Western Digital Berharga RM1499 Dilancar Untuk Pasaran Tempatan
- Cungkil Bakat Pelajar Dalam Bidang Teknologi Digital - Gobind
- Mara Digital Akan Dibuka Di Johor Dan Melaka Mulai Tahun Hadapan
- Western Digital Perkenal Cakera Keras Luaran Berkapasiti 20TB