Permainan Pihak Pertama Untuk Xbox Series X Tidak Eksklusif Hanya Untuk Konsol Tersebut

 

Microsoft dan Sony kelihatannya mempunyai strategi yang berbeza bagaimana mereka mahu memasarkan konsol terbaharu mereka iaitu Xbox Series X dan PS5.

Bagi Microsoft, mereka tidak mahu mengehadkan sesebuah permainan hanya untuk satu peranti (Xbox Series X). Akan tetapi lebih kepada sebuah ekosistem. Ini adalah disahkan melalui ketua bahagian Xbox iaitu Phil Spencer.

Menurutnya, permainan pihak pertama tidak akan ekslusif hanya untuk konsol itu sahaja. Microsoft sendiri mahu setiap pemilik Xbox boleh memainkan setiap permainan yang diumumkan dari Xbox Game Studios.

Ini bermakna setiap permainan baharu yang bakal diumumkan turut boleh dimainkan pada konsol Xbox One. Bagi Microsoft, mereka tidak mahu memaksa pengguna mereka untuk menaik taraf atau membeli Xbox Series X hanya semata-mata mahu memainkan permainan yang baharu.

Jika diikutkan, apa yang eksklusif dengan pelancaran Xbox Series X adalah prestasi grafik dan spesifikasinya - di mana permainan akan mempunyai visual dan kualiti grafik lebih tinggi jika perkakasnya lebih berkuasa.

Kapsyen: Xbox Series X


Permainan boleh dimainkan pada konsol yang sama, namun anda akan mempunyai kelebihan dari segi pengalaman grafik jika menaik taraf ke Xbox Series X.

Strategi yang dilakukan oleh Microsoft ini adalah bertentangan dengan Sony. Jika di Sony, PS4 yang sekarang ini boleh memainkan permainan dari PS5.

Masih kelihatan awal untuk membincangkan strategi mana yang lebih bagus namun bagi Microsoft, mereka komited untuk memastikan setiap pembelian konsol adalah berbaloi walaupun ia merupakan konsol sebelumnya.

Sumber: Videogameschronicle

Berkaitan