Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Permainan Monopoly Sudah Boleh Dimainkan Di Android

Posted on Disember 5, 2019

Harga rumah mahal? Mungkin bukan dalam permainan Monopoly. Boleh beli hotel lagi. Itupun jika anda tidak kalah awal lah kan? Kini, sudah boleh memainkan permainan Monopoly di Android. Ia baru sahaja dilancarkan secara rasmi hari ini.

Pembangunnya, Marmalade Game Studio meletakkan harga RM20.99 yang setaraf dengan harga pada App Store iOS. Namun, terdapat juga pembelian dalam permainan seperti downloadable content (DLC). Terdapat juga pelbagai mod seperti Quick Mode, Single Player dan juga Multiplayer.

Anda boleh memuat turun permainan ini di Android bermula harini. Mainkannya bersama rakan-rakan untuk lihat siapa yang muflis dahulu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress