Baru-baru ini pihak SNK (pembangun siri popular Metal Slug) bersama-sama Tencent telah mengumumkan sebuah permainan Metal Slug baharu untuk platform mudah-alih.

Melalui Tencent, ia akan dibangunkan oleh TiMi Studios dan setakat ini nama permainan tersebut dilaporkan adalah “Metal Slug Code: J“. Seiring dengan pengumuman tersebut, pihak SNK telah menyertakan satu video trailer yang memperlihatkan permainan tersebut.

Menariknya dengan trailer tersebut, kelihatannya Tencent akan meneruskan konsep side-scrolling yang merupakan sesuatu yang ikonik dalam legasi permainan Metal Slug. Jika adapun yang berubah, ia adalah rekaan 3D berbanding 2D yang selama ini menjadi nadi grafik rekaan pada siri Metal Slug.

Buat masa ini, permainan Metal Slug: Code J ini belum lagi mendapat tarikh pelancaran mahupun platform mana yang akan menerimanya, sama ada Android, atau iOS, atau kedua-duanya sekali. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kaedah monetization yang bakal digunakan oleh Tencent untuk permainan ini.

IKLAN

Sumber: Metal Slug (SNK)