Permainan Left 4 Dead 2 Dapat Kemaskini Terakhir, Percuma Dimainkan Untuk Masa Terhad

Left 4 Dead 2 merupakan permainan tembak zombie yang popular dimainkan satu ketika masa dahulu.

Terkini, permainan ini mendapat satu kemaskini terakhir besar yang dinamakan The Last Stand.

https://youtu.be/bjnhx8Ip2Y8

Walau bagaimanapun, kemaskini tersebut bukannya datang dari Valve sebaliknya komuniti Left 4 Dead 2 sendiri.

Kemaskini itu menambah banyak kandungan baharu seperti senjata baharu, peta baharu, jenis musuh zombie baharu, dan juga sambungan kempen baharu.

Kemaskini ini adalah percuma untuk dimuat turun dan menariknya permainan Left 4 Dead 2 ini juga percuma untuk dimainkan sehingga 28 September ini.

Untuk yang berminat untuk memuat turun permainan, boleh muat turunnya melalui Steam pada PC.

 

 

Berkaitan