Permainan Klasik Contra Kembali, Kali Ini Ke Peranti Mudah Alih

Bagi anda yang telah berusia 20 dan 30-an hari ini, masih ingat permainan video Contra? Permainan tembak menembak atau peperangan popular itu kini akan kembali menemui anda tidak lama lagi. Bezanya, kali ini ia akan hadir ke peranti mudah alih pula.

https://youtu.be/lNfCcBoM3ak

Kembali dengan nama Contra : Return, buat masa ini ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak Garena. Mereka juga bertanggungjawab untuk membawa permainan ini ke beberapa pasaran ASEAN lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Menjelang hari pelancarannya kelak, pra-pendaftaran telah dibuka bagi pengguna peranti Android dan iOS bermula hari ini, 29 Ogos sehingga 19 September nanti. Menariknya, mereka yang membuat pra-daftar berpeluang untuk memenangi hadiah percuma berbentuk barangan dalam permainan seperti emas, berlian, Nuclear Battery dan banyak lagi. Hadiah yang dimenangi pula bergantung kepada jumlah mereka yang mendaftar.

Kredit : Garena Contra : Return Philipines


Untuk pengetahuan anda, permainan ini dibangunkan bersama oleh Tencent Games dan Konami. Beberapa ciri klasik yang ada pada permainan Contra terdahulu masih lagi dikekalkan seperti karakter permainan dan gaya permainan. Cuma, Contra : Return ini akan mempunyai kualiti grafik yang lebih baik serta jalan cerita yang baharu.

Seperkara yang menarik lagi, Tencent turut membawa mod permainan atas talian di mana pemain akan berlawan sesama mereka secara Player versus Player(PvP). Mereka boleh memilih untuk bermain secara 1v1, 2v2 atau 3v3. Pemain boleh memilih salah satu dari 20 karakter yang disediakan untuk mod ini.



Permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store setelah dilancarkan secara rasmi kelak. Bagi anda yang berminat untuk melakukan pra-daftar, anda boleh lakukannya di laman sesawang ini.

 

Sumber