Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan GRID Autosport Bakal Tiba Di Android Hujung Bulan November Ini

Permainan GRID Autosport Bakal Tiba Untuk Android Hujung Bulan November Ini

Diterbitkan November 21, 2019 · Dikemas kini November 21, 2019 oleh Meor Hasyim

Permainan lumba kereta GRID Autosport telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017 lalu untuk platform iOS sahaja. Manakala untuk pengguna Android, ia memerlukan 2 tahun untuk permainan itu bertapak di Play Store.

Akhirnya pembangunan permainan tersebut, Feral Interactive telah mengesahkan bahawa permainan itu bakal tiba untuk platform Android melalui video acah. Ia dijangka akan dilancarkan secara spesifik pada tarikh 26 November nanti.

Permainan ini pada App Store iOS berharga RM39.90. Untuk Play Store Android, mungkin ia boleh dibeli dengan harga yang sama. Untuk pemasangan permainan ini, anda memerlukan ruangan sebanyak 4GB dan hanya menyokong peranti yang menjalankan Android 9.0 Pie dan ke atas sahaja.

Buat pengguna pada peranti Android, anda boleh mula mendaftar permainan ini pada Google Play Store untuk menerima notifikasi pemasangan sebaik sahaja ia dilancarkan tidak lama lagi.

Permainan GRID Autosport Bakal Tiba Untuk Android Hujung Bulan November Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY