Permainan Forza Street Kini Sedia Di Muat Turun Untuk Android Dan iOS

Forza Street sebenarnya bukanlah permainan lumba kereta yang baharu kerana permainan ini sudah lama boleh dimuat turun di platform Windows PC. Namun, setelah sekian lama berada eksklusif hanya untuk di Windows, pihak Microsoft hari ini mengumumkan permainan berkenaan sudah boleh dimuat turun untuk platform mudah-alih Android dan iOS.

https://www.youtube.com/watch?v=rj1OAylFoM0

Seperti yang anda patut jangka untuk sebuah permainan mudah-alih, ia tidaklah sama seperti siri Forza Motorsport atau Horizon. Forza Street sebenarnya sebuah permainan lumba kereta yang sangat ringkas, dan bukannya sebuah simulasi perlumbaan.



 

Sebagai sebuah permainan yang percuma untuk dimainkan, terdapat pembelian dalam aplikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan kereta baharu. Namun, jika anda memuat turun permainan ini dalam tempoh sekarang sehingga 5 Jun ini, pemain akan mendapat Ford GT 2017 percuma.

Untuk pengguna Samsung pula adalah lebih menarik. Pengguna Samsung yang memuat turun dari Galaxy Store akan mendapat Ford Mustang GT 2015 bersama-sama kemasan kereta eksklusif Galaxy. Jika pengguna untuk siri S20 pula, anda akan mendapat Chevrolet Corvette Z06 2015 bersama-sama kemasan yang sama.

Permainan ini boleh dimuat turun percuma di Google Play Store untuk Android, Galaxy Store untuk pengguna Samsung, dan App Store untuk iOS.



Sumber: Microsoft/Xbox

Berkaitan