Permainan Seram Five Nights at Freddy's AR: Special Delivery Tiba Untuk Android Dan iOS

Five Nights at Freddy's adalah antara merupakan francais permainan seram popular pada platform PC. Untuk platform mudah alih Android dan iOS pula, baru sekarang francais itu mendapat versi rasmi permainan itu.

Untuk Five Nights at Freddy's pada platform mudah alih, ia datang dalam bentuk Augmented Reality (AR) iaitu Five Nights at Freddy's AR: Special Delivery. Pembangun permainan itu, Illumix membawakan penceritaan asli francais itu dengan mempertingkatkan audio 3D serta grafik AR yang menarik.



Dalam permainan ini, sebagaimana dalam versi-versi Five Nights at Freddy's yang lain, anda akan mempertahankan diri anda dari serangan watak seram patung animatronik Freddy dan rakan-rakannya. Anda mempunyai bateri terhad, lampu suluh dan 'shocker' untuk kekal selamat. Anda juga boleh membuat animatronik versi tersendiri dan menggunakannya dalam mod PvP.



Anda boleh mula memuat turun permainan Five Nights at Freddy's AR: Special Delivery pada Google Play Store Android dan App Store iOS bermula hari ini untuk mencuba sendiri tahap keseraman permainan ini.



Sumber: Five Nights at Freddy's

Berkaitan