Permainan Farming Simulator 20 Kini Rasmi Untuk Android Dan iOS

Jika anda menggemari permainan simulasi bertani francais Farming Simulator, kini terdapat versi terkini iaitu Farming Simulator 20. Ia tersedia untuk platform Android dan juga iOS. Namun, permainan ini tidak percuma.



Dalam permainan ini, anda akan memainkan simulasi sebagai kenderaan dan mesin untuk bertani yang terdiri dari jenama terkemuka dalam industri pertanian. Antara nama-nama besar adalah Case IH, New Holland, Challenger, Fendt, Valtra, Krone, Deutz-Fahr dan banyak lagi. Untuk versi baharu ini, ia dimuatkan dengan persekitaran Amerika Utara yang baharu.

Permainan ini boleh dimuat turun di Google Play Store untuk Android dan juga App Store untuk iOS pada harga RM24.99 sahaja.

Sumber: Farming Simulator 20