Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan

Di era yang serba canggih, kanak-kanak juga tidak terlepas dari mengalaminya. Pelbagai mainan direka untuk kanak-kanak zaman moden ini.

Sony kini berjaya menghasilkan sebuah permainan mirip seperti 'lego'. Dilengkapi dengan sensor dan penggerak, ia mampu "dihidupkan" oleh kanak-kanak melalui arahan komputer.

Kanak-kanak boleh mencipta pelbagai bentuk seperti dinasour, kereta dan seterusnya menyambungkan ia ke komputer.

[embed]https://youtu.be/TF5zOn2M8Gc[/embed]

Selepas itu, mereka hanya perlu memasukkan arahan pengaturcaraan asas menerusi perisian yang dipasang didalam komputer.

Objek yang direka itu akan bergerak atau mengeluarkan cahaya mengikut arahan dari komputer secara tanpa wayar.

Permainan yang dikenali sebagai Koov ini telah mula dipasarkan di Jepun dengan harga 37,000¥, lebih kurang RM1,453.

Sumber: Yahoo Tech