Permainan Contra : Return Sudah Mula Tersedia Untuk Dimuat-Turun Untuk Peranti Android & iOS

Berita baik untuk para penggemar permainan video yang sudah berpangkat "senior" di luar sana, permainan lagenda Contra kini sudah boleh mula dimuat-turun bagi peranti iOS dan Android.



Dibawa ke pasaran Asia Tenggara oleh GARENA dan menggunakan nama Contra : Return, permainan ini hadir dengan beberapa mod berbeza seperti Story Mode dan juga mod atas talian PvP.



Walaupun masih mengekalkan ciri dan gaya permainan asal permainan Contra terdahulu, Konami selaku pembangun permainan ini telah membawa beberapa pembaharuan kepada permainan ini.



Antara pembaharuan yang dibawa mereka selain mod permainan baru ialah cara kawalan yang berbeza, kebolehan untuk menaik-taraf senjata serta kepelbagaian watak yang disediakan.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula memuat-turun permainan ini di Google Play dan Apple App Store dan mula mengimbau kenangan anda sekarang.