Permainan Battle Royal Xiaomi, "Survival Game" Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna

Oktober lalu, Xiaomi ada mengumumkan tentang ujian beta tertutup bagi permainan bergenre Battle Royal  mereka iaitu Surival Games.



Diawal permainan, karakter pemain dengan latarbelakang sains fiksyen akan menaiki kapal angkasa dan turun ke pulau untuk memulakan peperangan dengan pemain lain.



Kini, ia telahpun mula ditawarkan kepada pengguna dan boleh dimuat turun secara percuma dari Mi Apps Store. Bagi peranti Android bukan dari jenama Xiaomi, muat turun fail APK boleh dibuat disini.

Survival Game tidak tersedia untuk dimuat turun dari Google PlayStore ketika ini.