Permainan Angry Bird Blast Sudah Boleh Dimuat Turun Android Dan iOS

Nama Angry Bird sudah pasti tidak asing lagi bagi anda, lebih-lebih lagi permainan ini antara permainan yang paling popular beberapa tahun yang sudah. Rovio tidak berhenti setakat itu kerana yang terkini mereka sudah melancarkan secara rasmi permainan Angry Bird Blast.

Sudah tentu bagi anda yang rindukan permainan Angry Bird tidak akan melepaskan peluang untuk memuat turun permainan ini. Rovio melancarkan permainan ini secara berperingkat diseluruh dunia, tetapi  bagi anda yang berada di Malaysia sudah boleh memuat turun permainan ini secara percuma dari App Store ataupun Google PlayStore.

Siri permainan Angry Bird kini telah melebihi dari 13 versi dimana ia berbeza-beza dari segi latar belakang dan misi permainan. Antaranya ialah Angry Birds Rio, Angry Birds 2, Angry Birds Star Wars, Transformers dan banyak lagi. Tekan pautan ini untuk memuat turun Angry Birds Blast pada Android atau iOS.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Nf3nXP6otQ8[/embed]