Perlukah Mengecas Bateri Peranti Pintar Sehingga 8 Jam Selepas Membelinya?

Bukan sahaja pembaca Wiser.my, malah ramai juga dalam kalangan rakan dan ahli keluarga yang turut mengajukan soalan yang sama. Penjagaan bateri dalam penggunaan gajet terutamanya peranti pintar kebiasaannya sangat dititik beratkan dalam kalangan pengguna. Ini adalah kerana ramai yang mahu memastikan peranti pintar yang dijaga mahu mencapai tempoh yang lama sebelum membeli model yang baharu.

Jawapan


Dengan itu, soalan yang biasa ditanya, "selepas membeli gajet, perlukah mengecasnya sehingga 8 jam lamanya untuk cas kali pertama?". Untuk jawapan singkatnya TIDAK. Namun, jika anda mahukan penjelasan di sebaliknya, mungkin anda mahu membaca artikel ini sehingga habis.

Dakwaan mengecas peralatan gajet sehingga 8 jam lamanya ini adalah betul pada satu masa dahulu. Iaitu ketika bateri masih lagi menggunakan teknologi Nikel Kadmium (NiCad/NiCd). Sebagai perbandingan, bateri peranti pintar yang digunakan pada masa sekarang adalah Lithium-Ion (Li-On). Dahulu, bateri yang menggunakan teknologi NiCad tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada bateri tersebut telah penuh atau tidak.

Kapsyen: Bateri dengan label Ni-Cd yang merujuk kepada Nikel Kadmium.


Jadi disebabkan itu, ia dicas berjam-jam lamanya 8 malah hingga ke 12 jam untuk memastikan ia sentiasa penuh. Namun bukan itu sahaja. terdapat faktor lain mengapa ia dicas sebegitu lamanya.

Bateri yang menggunakan teknologi Nickel mempunyai masalah kesan memori. Ini bermakna bateri akan beroperasi berdasarkan jangka masa ia dicas dan dinyahcas. Sebagai contoh, jika bateri Nickel mula dicas pada tahap 40% dan dinyahcas ketika 89%, bateri akan beroperasi pada tempoh yang hanya singkat sahaja.

Kapsyen: Hanya dengan pengecasan penuh sahaja boleh menyingkirkan masalah kesan memori ini.


Untuk mengelakkan masalah ini, bateri Nickel terpaksa dicas selama berjam-berjam untuk memastikan ia penuh sepanjang masa sebelum digunakan.

Selain itu, bateri Nickel juga mempunyai tahap nyahcas yang teruk iaitu sebanyak 10% sebulan berbanding 1-2% pada bateri Li-Ion. Ini membuatkan dalam jangka masa Panjang, kapasiti bateri akan merosot jauh menyebabkan penggunaan hayat bateri yang sangat singkat.

Tambahan lagi, bateri Li-Ion lebih nipis untuk dihasilkan berbanding dengan bateri Nickel.

Image result for li ion battery smartphone Kapsyen: Bateri Lithium Ion yang digunakan dalam peranti pintar masa kini.

Rumusan


Betul. Bateri perlu dicas sehingga 8 jam lamanya. Namun itu hanya ketika penggunaan bateri yang berasaskan Nickel. Disebabkan kesemua bateri peranti pintar sudah menggunakan teknologi yang berasaskan Lithium, ia tidak lagi beroperasi sepertimana teknologi Nickel lama.

Untuk masa sekarang, apa yang anda perlu tahu adalah bateri anda hanya perlu dicas jika ia tidak lagi penuh. Itu sahaja.