Perlombongan Bitcoin Menggunakan Tenaga Lebih Dari Apa Yang Ireland Guna Untuk Setahun

Perlombongan Bitcoin menjadi satu perkara yang menjadi ikutan sejak kebelakangan ini kerana harganya yang melonjak naik terutama pertengahan tahun ini sahaja. Sama seperti komoditi lain di dunia, Bitcoin perlu diperolehi dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan inflasi seterusnya menjatuhkan nilai Bitcoin itu sendiri.

Perlombongan Bitcoin juga memerlukan sistem komputer yang berkuasa bagi menyelesaikan masalah pengiraan yang kompleks. Sistem perlombongan ini juga memakan tenaga yang sangat tinggi sehinggakan mereka menggunakan 0.13% dari jumlah penggunaan tenaga global.



Jika perlombongan Bitcoin adalah sebuah negara, mereka akan duduk di tangga ke 61 dalam carta penggunaan tenaga global. Kedudukan di hadapan 159 negara termasuk Ireland. Untuk penggunaan 29.5TWh yang digunakan oleh perlombongan Bitcoin, 2.7 rumah di Amerika Syarikat boleh dikuasakan.

Negara China menduduki tangga pertama untuk kategori negara yang menggunakan tenaga bagi tujuan perlombongan Bitcoin di dalam dunia. Selepas itu diikuti oleh Amerika Syarikat dan Russia. Perlombongan Bitcoin China menggunakan 0.49% dari jumlah penggunaan tenaga untuk negara itu diikuti oleh Amerika Syarikat (0.74%) dan Russia (2.74%).

Sumber